|
|
| Thursday, 28-Sep-2006 13:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senyuman Menawan!!
|
|
Most of the people who meet Esya ckp senyuman my lil princess ni mahal...Esya mmg susah nak senyum dengan orang yang dia tak kenal...i capture a few pic of senyuman menawan Esya
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Sep-2006 04:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Esya start dulu baru dlm seminggu lebih.....sekang ni dia dh boleh dudk sendiri..x payah nk support belakang....tgk la pic dia ni....
Baru belajar duduk
Lagi gambar duduk
Tak sabar nk tunggu Esya pandai merangkak & berjalan
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Sep-2006 08:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Breastfeeding 'thon
|
|
Me & Esya berkesempatan menyertai event ni...well seronok sgt...dpt jumpa all breastfeeding mother...eventhough dlm hall tu panas..but esya still cool...mata dia melilau tgk org...or maybe dia tgk baby lain....
We not stay until the end of the event..coz Esya dh popo
no picture...yet..later i update.......
Here article related to the event from Berita Harian, 22 September 2006.
SEMPENA Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2006 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam, baru-baru ini satu acara diadakan bagi mencacat sejarah Malaysia Book of Records kategori menyusukan anak paling ramai.
Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail, berkata majlis berkenaan yang bertujuan menggalakkan ibu menyusukan anak secara eksklusif, berjaya mengumpul seramai 803 ibu bersama anak mereka.
“Kekerapan penyusuan susu ibu mula berkurang disebabkan sosial, ekonomi dan kebudayaan di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Amalan tradisi ini semakin berkurangan akibat pengenalan teknologi, manipulasi pengiklanan yang begitu berleluasa dan gaya hidup baru yang banyak mempengaruhi ibu untuk memberi bayi mereka susu formula.
"Penyusuan susu ibu secara ideal dan eksklusif untuk bayi baru lahir hingga enam bulan dan diselang selikan dengan makanan lain sehingga dua tahun atau lebih mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada infeksi dan pelbagai penyakit lain seperti cirit-birit," katanya pada sidang akhbar majlis berkenaan.
Sambutan itu dihadiri Pengerusi jawatankuasa majlis pelancaran itu, Dr Sallehuddin Abu Bakar; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali; Presiden Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia, Yon Said dan Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Zainol Pawanchee.
Acara yang julung kali diadakan itu bertemakan Pengawasan Kod: 25 Tahun Melindungi Amalan Penyusuan Susu Ibu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan di negara membangun, seramai 40,000 kanak-kanak mati setiap hari dengan dua kematian bayi setiap minit akibat kekurangan zat makanan, manakala 25 peratus meninggal dunia sebelum meningkat usia lima tahun.
Kajian menunjukkan punca kematian adalah disebabkan ‘Acute Gastrointestinal Enterocolitis’ dan ‘Acute Respiratory Infection. Data juga menunjukkan risiko kematian bayi bertambah bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu dalam masa tiga hingga empat bulan pertama.
Di Amerika syarikat (AS) dan Eropah Barat, kebanyakan bayi yang meninggal dunia disebabkan oleh SIDS (Suddent Infant Death Syndrome) adalah di kalangan bayi yang menyusu susu formula.
Justeru, Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan WHO mengenalpasti penyusuan susu ibu sebagai cara berkesan untuk menyelamatkan berjuta-juta kanak-kanak di dunia.
Di Australia, kira-kira 80 peratus bayi diberi susu ibu sewaktu lahir tetapi berkurangan kepada 40 peratus pada usia enam bulan.
Di Malaysia, tinjauan Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan Kedua 1996/1997 juga menyatakan penyusuan secara eksklusif sehingga empat bulan adalah hanya 29 peratus saja. Kajian menunjukkan masalah ibu kembali bekerja adalah alasan utama bayi terpaksa bercerai susu.
Dalam hubungan ini, Zaleha berkata, setiap ibu perlu diberikan sokongan dalam keluarga, komuniti dan tempat kerja untuk menggalakkan penyusuan susu ibu.
"Saya berharap agar semua pihak tidak kira suami, keluarga, majikan, agensi kerajaan dan swasta serta semua kakitangan kesihatan menyokong dan menggalakkan penyusuan susu ibu kerana ibu memerlukan sokongan dan galakan sebelum, semasa dan selepas bersalin serta semasa penyusuan.
"Sokongan serta kekurangan tekanan semasa melahirkan anak boleh membantu ibu untuk bersedia menyusukan anak secepat mungkin," katanya
Pelakon terkenal, Wardina Safiyah Saifuddin juga turut memeriahkan majlis menerusi forum yang bertajuk Peranan dan Cabaran dalam Mempromosikan dan Melindungi Penyusuan Susu Ibu melalui pengalamannya sebagai ibu yang menyusu serta ikon bagi Breastfeeding’thon untuk Malaysia Book of Records.
“Menyusukan anak adalah tanggungjawab ibu dan dengan tidak memberikan susu ibu, kita seolah-olah menidakkan hak anak untuk mendapatkan susu ibu. Menyusukan anak adalah hadiah yang paling berharga yang diberikan ibu untuk anak sekali gus menunaikan tanggungjawab sebagai ibu.
"Susu ibu berbeza daripada susu haiwan dan kebaikan yang diperoleh daripada penyusuan susu ibu iaitu anak akan menjadi lebih pandai, sihat dan bijak," katanya.
Bagi ibu yang ingin mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat serta berkongsi pengalaman, anda boleh merujuk kepada Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di institusi, klinik atau hospital terdekat atau Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia atau melayari laman web susuibu.com, breastfeeding.com.my, fabulousmum.com dan momslitlleones.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-Sep-2006 14:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Crying face
|
|
This is esya crying face....she will cry for 3 thing.........hungry for nenen (she still breastfeeding....), sleepy & hot.....plus...org yang dia tak kenal
Well Esya mmg x leh panas sikit....mula muka di merah mcm udang bakar....but she will be glad kalu tmpt tu ada air-cond....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-Sep-2006 04:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
After bath..........
|
|
Ni la dia pic yg dpt diambil masa esya baru lps mandi....skang ni bukan main susah nk pakai kan diaper/baju esya....she start turning la....play with her leg la...last sekali she will pee on me...b4 i can wear her diaper.....itu la esya...sometime it takes bout 10 minute nak settle kan esya ni...semakin lasak....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Sep-2006 04:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Sep-2006 07:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Sep-2006 04:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Aug-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari Merdeka
|
 |
|
Start nak bakar stay
|
|
 |
|
mmm yyuummmyyy
|
|
 |
|
Jejaka perasan?? Sori Semua sudah berpunya...
|
| | View all 9 photos... |
|
TQ to Bakli & Adi, Faizal & Miza, Hairol, Umi & Baby Haziq, Nizaha & Iskandar & last but not least Hezal a.k.a masao...last sekali yang sampai...Azlan & Family...
Menu that day (pot luck la ni):
Faris & Ayie: Bihun goreng+sotong goreng tepung+sambal tumis udang..mmm dap nyer..+air laici
Bakli & Adi: Kulai lemak cili padi (Ayam)+sayur campur+sambal belacan+ikan goreng
Faizal & Miza: Satay+ Dadih for our dessert
Hairol& Umi: Laksa Utara+Fruits for dessert also+puding
Hezal a.k.a Masao: Jajan+Air Batu (my house peti ais x leh nk buat ais batu ler...coz freezer penuh ngan ebm...)
Dah lama plan nk buat cm ni...tp byk sgt halangan...secara adhoc baru la menjadi...semua pun confirm on tuesday (29 Aug)..lucky sempat prepare every thing
Peak of the event...tgk bunga api...from my house dpt la tgk bunga api....dr The Mines....patut nyer ada acara nyanyi lagu Negaraku...tp semua dok leka tgk bunga api..lupa lak nak nyanyi....any way this is successful gathering...w/pun semua keletihan...lepak smpi kul 3 pagi...
insyallah ini akan jadi xtvt tahunan pasni kat umah org lain lak...may be umah hairol ker???Amacam??
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Aug-2006 14:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
At Uncle Faizal & Aunty Miza Wedding
|
|
|
|
|
|
|